LIMPAHAN DARAH DI SUNGAI SEMUR

LIMPAHAN DARAH DI SUNGAI SEMUR: TEMA

Novel ini bertemakan cinta dan perjuangan. Perjuangan yang diceritakan oleh pengarang dalam novel ini merupakan perjuangan menentang musuh negara. Ini bermula daripada penjajahan yang dilakukan oleh bangsa Jepun, seterusnya membawa kepada ancaman pengganas komunis yang mengganggu ketenteraman negara.
Dalam perjuangan membala tanah air daripada terus dijajahi oleh musuh, banyak nyawa yang telah terkorban demi cinta suci mereka terhadap negara dan juga bangsa.

LIMPAHAN DARAH DI SUNGAI SEMUR: PERSOALAN

Zakaria Salleh dalam novelnya ”Limpahan Darah Di Sungai Semur” telah mengemukakan beberapa persoalan yang dapat dikesan melalui cerita ini. Antara persoalan utama yang dikemukakan ialah persoalan semangat tidak mengenal erti putus asa akan membuahkan hasil. Cita –cita Jamaluddin yang tercapai hasil daripada kesungguhan dan semangatnya yang tidak mengenal erti putus asa walaupun sering dipersendakan oleh kawan-kawannya semasa di sekolah rendah dan tidak mendapat perestuan daripada ibunya untuk menjadi askar.
Persolan lain yang diperlihatkan ialah persoalan kegigihan dan ketabahan deperlukan dalam menghadapi sesuatu dugaan atau halangan. Contohnya, semasa Jepun dapat menawan Tanah Melayu bermula dengan penawanan Singapura, Jamaluddin melalui kehidupan yang amat getir. Nmaun begitu, keadaan kehidupan yang sebegini dapat dilaluinya dengan berkat kesabaran dan kegigihan untuk meneruskan kehidupan.
Persoalan keinginan untuk menjadi tokoh yang berjasa kepada bangsa dan negara sebagai pahlawan yang dapat membanggakan turut dikemukakan dalam novel ini. Persoalan ini dapat dikesan daripada watak utama novel ini, iaitu Jamaluddin. Semasa kecil, Jamaluddin pernah meyuarakan hasrat untuk menjadi pahlawan. Cita-citanya telah dibawa kealam dewasanya serta telah dapat dibuktikan setelah dia menjadi tentera.
Persoalan peperangan membawa kemusnahan turut dikemukakan dalam novel ini. Peperangan antara Tanah Melayu dengan Jepun telah menyebabkan banyak nyawa terkorban di kedua-dua pihak, harta benda turut musnah, dan kehidupan masyarakat turut tergugat. Ramai orang yang mendapat susah, menjadi miskin, kelaparan, hidup menderita, kehilangan keluarga, dan harta benda.
Persoalan perasaan taat setia terhadap negara di kalangan anak muda juga diungkapkan oleh pengarang dalam novel ini. Perasaan taat setia terhadap negara dalam diri Sarjan Jamaluddin telah dibayangkan sejak kecil lagi kerana sejak kecil lagi ayahnya selalu menceritakan cerita-cerita pahlawan Melayu yang termasyhur seperti Laksamana Hang Tuah kepadanya.
Persoalan yang seterusnya ialah ancaman pengganas Komunis merupakan satu masalah besar yang dihadapi oleh negara. Pertempuran demi pertempuran telah berlaku di hutan dan telah mengakibatkan banyak nyawa tentera yang terkorban demi mempertahankan negara daripada digugat oleh pengganas komunis. Ini juga menyebabkan orang awam hidup dalam ketakutan dan sukar untuk mencari rezeki.
Persoalan penjajahan tentera Jepun telah mencabar kewibawaan Askar Melayu juga dikemukakan. Buktinya, Leftenan Adnan telah dibunuh oleh tentera Jepun. Dalam pertempuran di Alexandra Brickwork, 94 orang askar Jepun terbunuh tetapi lapan orang pegawai Melayu juga turut terkorban.
Persoalan yang lain ialah jasa askar Melayu tetap dikenang. Kisah kepahlawanan perwira-perwira negara yang terlibat dalam pertempuran di Sungai Semur kini dipamerkan di Muzium Angkatan Tentera dan Muzium Negara.
Persoalan semangat keberanian di kalangan Askar Melayu demi perjuangan mempertahankan tanah air turut wujud dalam novel ini. Leftenan Hassan tidak takut mati dan berjuang bermati-matian menghadapi komunis. Apabila Leftenan Hassan terkorban, Koperal Jamaluddin pula dengan beraninya memimpin pasukannya itu.
Persoalan yang lain ialah sikap taat setia kepada ketua di kalanga Askar Melayu. Leftenan Hassan patuh kepada perintah ketuanya, Pegawai Memerintah Kompeni D yang memyuruh pasukannya membuat gerakan di Sungai Semur walaupun dia tahu bahawa tugas itu amat berbahaya. Koperal Jamaluddin pula sentiasa taat kepada perintah Leftenan Hassan sebagai ketuanya.

LIMAPAHAN DARAH DI SUNGAI SEMUR
Watak dan Perwatakan
• Jamaluddin
Berdasarkan novel Limpahan Darah di Sungai Semur (karya Zakaria Salleh), watak utama yang ditonjolkan oleh pengarang ialah Jamaluddin bin Mohamad. Beliau dilahirkan di Kampung Kuantan, Kuala Selangor pada tahun 1916. Ibunya bernama Jamaayah dan ayahnya bernama Mohamad. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. (3)
Pada zaman kanak-kanaknya, Jamaluddin merupakan seorang pelajar yang cergas dan sederhana dalam pelajaran. Beliau berbadan kecil, suka bertanya, dan petah bercakap. Jamaluddin bercita-cita hendak menjadi seorang askar sejak kecil lagi kerana mempunyai semangat cinta akan tanah air. (2)
Jamaluddin seorang yang tidak mudah berputus asa. Buktinya, walaupun gagal dalam temu duga kali pertama menjadi askar, beliau tetap gigih mencuba mengubah struktur badannya dengan bergayut pada batang-batang pokok serta menjaga makan minumnya hinggalah beliau diterima berkhidmat dalam Askar Melayu. (2)
Jamaluddin digelar “Budak Merah” kerana semasa menjalani latihan rekrut di Port Dickson, beliau amat tangkas dan cekap. Beliau mempunyai semngat perjuangan yang tinggi. Buktinya, beliau sanggup berjuang bermati-matian menentang musuh semasa menjadi askar. (4)
Atas keberaniannya, Jamaluddin dianugerahi Pingat Jasa Keberanian (DCM) dan dinaikkan pangkat menjadi sarjan sebagai mengenang jasanya terhadap tanah air. (1)

• Leftenan Hassan
Berdasarkan novel Limpahan Darah di Sungai Semur (karya Zakaria Salleh), salah satu watak sampingan yang ingin ditonjolkan oleh pengarang ialah Leftenan Hassan. Beliau mengetuai Plantun 12 Kompeni D untuk mengesan pengganas komunis di Sungai Semur. Beliau seorang yang tidak pernah gentar menghadapi pengganas dan begitu disenangi ole anak-anak buahnya. (2)
Leftenan Hassan mempunyai kesabaran yang tinggi. Sifat ini terlihat semasa beliau berdepan dengan layanan buruk pencari atap semasa beliaumenjalankan tugas-tugas penyiasatan. (2)
Leftenan Hassan juga tegas dalam membuat keputusan. Sikap ini terlihat semasa beliau tetap dengan keputusan menentukan jalan pulang ke markas mereka di Pulai, iaitu mengikuti denai dan lereng bukit di tepian Sungai Semur walaupun Koperal Jamaluddin dan Perajurit Lebai Yassin menyarankan agar mereka menggunakan jalan Kuala Betis. (2)
Beliau juga seorang yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi. Sebagai contoh, walaupun beliau cedera ditembak di kepala oleh pihak pengganas, namun beliau tetap menyerang balas pihak musuh. (2)
Leftenan Hassan yang mempunyai semagat yang kental membuatkannya begitu yakin untuk menjalankan tugas walaupun beliau sedar bahawa tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya berat dan amat sukar. (2)
Beliau akhirnya mati ditembakoleh pengganas komunis. (1)

LIMPAHAN DARAH DI SUNGAI SEMUR
Latar Masyarakat
Berdasarkan novel Limpahan Darah di Sungai Semur yang saya kaji, salah satu latar masyarakat yang digambarkan oleh pengarang ialah masyarakat kampong yang bekerja sebagai pekebun dan nelayan. Penduduk di Kampung Kuantan dan Kampung Teluk Panglima Garang dikatakan bekerja sebagai petani dan nelayan.
Pengarang juga mengetengahkan masyarakat askar Melayu yang cinta akan tanah air dan bersemangat kental. Leftenan Adan, Leftenan Hassan, Koperal Jamaluddin dan anggota plantun Askar Melayu telah menunjukan semanagt juang yang tinggi ketika mennentang Jepun dan pengganas komunis dan rela berkorban nyawa demi tanah air yang tercinta.
Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat pengganas komunis yang sanggup melakukan kekejaman terhadap orang lain. Buktinya, pembunuhan-pembunuhan yang ngeri berlaku pada zaman pengganas komunis kerana ada tengkorak manusia ditemui di dalam gua.
Masyarakat tentera Jepun dan British yang menjajah Tanah Melayu turut dikemukakan. Sebelum penduduk Jepun di Tanah Melayu dan Singapura dikuasai oleh British. Tanah Melayu dan Singapura dikuasai oleh British. Selepas Jepun menyerah kalah, British mengambil alih pentadbiran.
Masyarakat dalm novel ini juga digambarkan sebagai masyarakat yang berpegang teguh kepada agama Islam. Setiap anggota pasukan keselamatan yang terselamat daripada ancaman pengganas mahupun tentera Jepun bersyukur kepada Tuhan yang memanjangkan umur mereka. Dalam novel ini. Jamaluddin sentiasa berdoa kepada Tuhan agar meyelamatkannya ketika dia ditawan oleh pengganas.
Terdapat juga masyarakat yang mengamalkan amalan hidup bekerjasama. Pengarang mendedahkan bahawa walaupun penduduk Kampung Kuantan miskin dengan harta namun mereka kaya dengan budi bahasa dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Pasukan Polis Khas dan plantun Askar Melayu juga bekerjasama dalam usaha membanteras kegiatan komnis di Sungai Semur.
Pengarang juga mengetengahkan masyarakat yang hidup dalam keadaan kucar-kacir terutamanya pada zaman perang. Dalam novel ini dijelaskan bagaimanan tawanan Jepun di Singapura ditembak oleh tentera Jepun dan ada antara mereka yang dihantar ke Ferrer Park dan dijadikan buruh paksa.
Golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa juga diketengahkan dalam novel ini. Golongan kanak-kanak termasuklah Lamaluddin dan rakan-rakannya semasa kecil. Golongan remaja juga melibatkan Jamaluddin dan rakan-rakannya di Kampung Baru dan dalam rekrut di Port Dickson. Manakala golongan dewasa adalah anggota pasukan keselamatan mahupun pengganas komunis yang menjalankan aktiviti mereka di hutan.
Masyarakat berbilang bangsa dan agama juga ditonjolkan. Selain Jamaluddin dan anggota pasukan keselamatan yang merupakan orang Melayu yang beragama Islam, terdapat juga golongan bukan Islam seperti orang Jepun, pengganas komunis berbangsa Cina dan juga orang British.

LIMPAHAN DARAH DI SUNGAI SEMUR
Latar Tempat
Berdasarkan novel Limpahan Darah di Sungai Semur yang saya kaji, pengarang cuba mengetengahkan pelbagai tempat sebagai latarnya. Latar tempat yang mula-mula diketengahkan dalam novel ini ialah Kampung Kuantan di Daerah Kuala Selangor yang merupakan kampung kelahiran Jamaluddin. Kampung ini ialah sebuah kampung pertanian dan penduduknya bekerja sebagai nelayan. Kampung ini digambarkan sebagai sebuah kampung yang damai.
Latar tempat dalam novel ini turut berlaku di Kampung Teluk Panglima Garang iaitu kampung kedua yang didiami oleh keluarga Mohamad. Encik Mohamad berpindah ke kampung ini dan di sinilah Jamaluddin membesarkan dan bersekolah di sekolah Melayu.
Latar tempat yang seterusnya adalah di Kuala Kumpur. Selepas bersekolah, Jamaluddin bekerja di Bukit Bintang Park dan tinggal bersama rakan-rakannya di Kampung Baru. Jamaluddin telah memohon untuk menjadi rekrut, bagaimanapun permohonannya telah ditolak.
Dua latar tem pat diketengahkan oleh pengarang iaitu Pejabat Daerah Sepang dan juga rumah abang saudaranya. Rumah abang saudaranya di Daerah Sepang itu merupakan tempat tinggal Jamaluddin. Rumah tersebut merupakan rumah kampung dan di kawasan rumah tersebut banyak pokok. Jamaluddin melakukan ‘exercise’ di dalam-dalam pokok untuk memastikan dia berjaya dalam pemilihan rekrut yang akan datang. Sementara itu di Pejabat Daerah Sepang, Jamaluddin bekerja sebagai buruh pam ubat nyamuk.
Latar tempat seterusnya adalah di Port Dickson. Port Dickson merupakan tempat latihan rekrut yang disertai oleh Jamaluddin. Jamaluddin berada di sini selama enam bulam sebelum dihantar bertugas ke tempat lain.
Selain itu, Singapura turut dijadikan latar tempat dalam novel ini semasa kemaraan tentera Jepun dan akhirnya Jepun menguasai Singapura.
Latar tempat yang banyak melibatkan peristiwa dalam novel ini adalah di negeri Kelantan. Dalam novel ini, dijelaskan bahawa Batalion Ketiga Askar Melayu yang berpangkalan di Port Dickson telah dipindahkan ke Pangkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan.
Sungai Semur merupakan sebuah kawasan yabg menjadi tumpuan anggota pengganas komunis. Di hutan ini terdapat banyak pokok daun payung yang turut menjadi mata pencarian penduduk terutamanya orang Cina. Pertempuran yang berlaku antara pengganas komunis dan pasukan keselamatan berlaku tidak jauh dari sungai.
Di samping itu, terdapat juga latar tempat di kawasan Ladang Jago, Kuala Betis dan juga Cameron Highland. Di kawasan Ladang Jago, berlaku pertempuran antara pengganas komunis dengan pasukan Askar Melayu di sebuah pondok buluh.

LIMPAHAN DARAH DI SUNGAI SEMUR
NILAI
Berdasarkan novel Limpahan Darah di Sungai Semur (karya Zakaria Salleh) yang saya kaji, pengarang cuba mengetengahkan nilai cinta akan negara. Cotohnya Koperal Jamaluddin, Leftenan Hassan dan anggota askar Melayu yang sanggup berkorban mempertahankan tanah air daripada musuh.
Nilai penghargaan berjaya diketengahkan oleh pengarang dalam novel ini juga. Ketabahan dan kegigihan Koperal Jamaluddin mempertahankan tanah air telah mendapat penghargaan dan dianugerahi pingat keberanian DCM daripada kerajaan British.
Nilai yang ketiga yang ditonjolkan ialah nilai sanggup berkorban apa-apa sahaja demi kasih sayang. Contohnya walaupun ibu Jamaluddin tidak bersetuju Jamaluddin menjadi askar, tetapi demi kasihnya kepada anaknya, dia terpaksa juga merelakan anaknya pergi menjalani latihan rekrut di Port Dickson.
Nilai bertimbang rasa juga dikemukakan dalam novel ini. Hal ini dapat dilihat apabila Sarjan Jamaluddin tidak membenarkan Lans Kopeeral Jaafar menembak seorang perempuan Melayu yang menjadi pengganas komunis kerana perempuan itu mempunyai dua orang anak yang masih kecil.
Nilai mematuhi peraturan dan arahan ketua berjaya ditimbulkan oleh penggarang dalam novel ini. Contohnya Jamaluddin sentiasa mematuhi arahan ketuanya, iaitu Leftenan Hassan walaupun kadang-kala dia berasa hairan terhadap arahan ketuanya.
Nilai sanggup berkorban mempertahankan pendirian dapat kita lihat dengan jelas melalui watak Jamaluddin. Jamaluddin telah menunjukkan sikap dan pendirian yang teguh dalam mempertahankan cita-citanya untuk menjadi tentera walaupun menghadapi pelbagai rintangan.

LIMPAHAN DARAH DI SUNGAI SEMUR
PENGAJARAN
Berdasarkan novel Limpahan Darah di Sungai Semur 9karya Zakaria Salleh) yang saya kaji, pengajaran yang ingin ditonjolkan oleh pengarang ialah kita harus mempertahankan maruah bangsa dan negara daripada ancaman musuh. Contohnya, Koperal Jamaluddin dan anggota askar Melayu sanggup mempertahankan maruah bangsa dan negara daripada ancaman Jepun danpengganas komunis sehingga titisan darah yang terakhir.
Dalam novel ini, dapat dilihat watak Jamaluddin merupakan seorang yang mempunyai pendirian yang teguh dan sanggup mempertahankan cita-citanya untuk menjadi askar walaupun menghadapi rintangan. Oleh itu, kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita yang murni.
Selain itu, kita harus tabah dan cekal menghadapi apa-apa juga rintangan atau cabaran sama seperti watak Lamaluddin yang begitu cekal dan berani terutamanya menghadapi pertempuran dengan penggans komunis di Sungai Semur. Dia tidak berasa takut dan gantar berdepan dengan situasi peperangan.
Pengajaran yang seterusnya ialah kita hendaklah berjasa dan taat setia kepada raja dan negara atau tanah air. Contohnya watak Lamaluddin yang bercita-cita hendak menjadi perajurit demi membela tanah air sejak kecil lagi patut dicontohi.
Pengajaran yang lain yang ingin ditonjolkan oleh pengarang ialah kita hendaklah menghargai jasa perajurit negara. Pengorban askar Melayu yang sanggup mengadaikan nyawa telah diberikan penghargaan oleh kerajaan British.